Kandungan Perjanjian Iklim Paris 2015

Tujuannya

Tujuan konvensyen ini digambarkan dalam Artikel 2, iaitu "meningkatkan pelaksanaan" UNFCCC melalui:[4]

"(a) Penahanan peningkatan suhu pirata global rata-rata jauh di bawah 2 °C melebihi tahap-tahap pra-industri serta mencari usaha-usaha untuk mengehadkan peningkatan suhu kepada 1.5 °C melebihi tahap pra-industri, menyedari bahawa hal ini akan mengurangkan risiko dan impak perubahan iklim;(b) Meningkatkan kemampuan menyesuaikan diri kepada impak-impak buruk perubahan iklim, menzahirkan daya tahan iklim dan pembangunan pelepasan gas rumah hijau, tanpa mengancam pengeluaran makanan;(c) Menjadikan pembiayaan konsisten dengan jalan ke arah pelepasan gas rumah hijau yang rendah serta pembangunan tahan iklim."

Tambahan lagi, negara-negara yang terlibat bertujuan mencapai "kemuncak pelepasan gas rumah hijau global secepat mungkin". Perjanjian ini telah digambarkan sebagai suatu insentif menerajui pelucutan jualan bahan bakar fosil.[5][6]

Urusan Paris ini merupakan perjanjian iklim menyeluruh yang pertama di dunia.[7]

Sumbangan-sumbangan tentu kebangsaan

Pelepasan karbon dioksida global mengikut urutan negara.

Sebarang sumbangan yang perlu dibuat setiap negara agar mencapai matlamat sedunia ditentukan oleh semua negara-negara secara individu, sebagai "sumbangan yang ditentukan peringkat kebangsaan".[8] Artikel 3 memerlukan mereka untuk "bercita-cita tinggi", "mewakili perkembangan dalam suatu tempoh" serta tetap "dengan tujuan mereka mencapai tujuan Perjanjian ini". Sumbangan-sumbangan tersebut harus dilaporkan setiap lima tahun dan berdaftar dengan Setiausaha UNFCCC.[9] Setiap cita-cita yang baru harus lebih tinggi daripada yang sebelumnya, yakni sebagai prinsip 'kemajuan'.[10] Negara-negara yang terlibat boleh bekerjasama menggabungkan sumbangan tentu kebangsaan mereka. Sumbangan Tentu Kebangsaan Berniat yang dijanjikan pada Persidangan Perubahan Iklim 2015 bertindak — melainkan ia diberikan sebaliknya —sebagai sumbangan tentu kebangsaan yang awal.

Tahap-tahap sumbangan-sumbangan yang ditetapkan oleh setiap negara yang terlibat[11] ini akan menetapkan sasaran negara tersebut. Bagaimanapun, 'sumbangan-sumbangan' itu sendiri tidak terikat mengikut undang-undang antarabangsa, kerana sumbangan-sumbangan tersebut tidak khusus, tidak bersifat normatif mahupun mempunyai bahasa wajib yang perlu bagi membuat norma-norma yang terikat.[12] Selain itu, tidak akan ada mekanisme yang memaksa sesebuah negara untuk menetapkan sasaran dalam sumbangan mereka dalam tarikh yang tertentu dan tiada penguatkuasaan jika 'sumbangan' sesebuah negara tidak mengenai sasaran yang ditetapkan.[13] Perjanjian ini hanya akan ada suatu sistem "penamaan dan peneguran"[14], atau seperti mana pembantu Setiausaha Umum dalam Perubahan Iklim PBB János Pásztor memanggilnya suatu rancangan "penamaan dan penggalakkan".[15] Persetujuan ini dianggap rapuh atas tiadanya akibat yang diberikan jika negara-negara yang terlibat tidak memenuhi komitmen mereka. Pengeluaran beberapa negara dari perjanjian ini sedikit demi sedikit barangkali boleh mencetuskan pengeluaran lebih banyak pemerintah-pemerintah yang akhirnya membawa kepada keruntuhan perjanjian ini.[16]

Kesan-kesannya pada suhu global

Para perunding Perjanjian ini menyatakan bahawa sumbangan-sumbangan tetap negara dan sasaran pengurangan 2 °C sasaran adalah tidak mencukupi tetapi pengurangan 1.5 °C diperlukan atas nyataan "dengan kebimbangan bahawa tahap-tahap pelepasan gas rumah hijau terkumpul yang dianggarkan pada tahun 2025 dan 2030 hasil sumbangan-sumbangan tetap negara tidak jatuh dalam kos-kurangnya 2 °C skenario tetapi membawa ke tahap unjuran 55 gigatan pada tahun 2030". Tambahan lagi, terdapat kesedaran bahawa "usaha pengurangan pelepasan yang lebih besar akan diperlukan untuk menyekat peningkatan suhu rata global di bawah 2 °C dengan mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hijau kepada 40 gigatan atau 1.5 °C".[17]

Rujukan

WikiPedia: Perjanjian Iklim Paris 2015 http://www.abc.net.au/news/2015-12-12/france-prese... http://www.bbc.com/news/science-environment-350921... http://www.cbsnews.com/news/cop21-climate-change-c... http://www.cbsnews.com/news/us-china-enter-climate... http://www.cnn.com/2015/12/12/world/global-climate... http://abcnews.go.com/US/wireStory/paris-climate-a... http://www.hindustantimes.com/india/paris-climate-... http://www.ndtv.com/india-news/india-ratifies-land... http://www.theglobeandmail.com/news/world/optimism... http://europa.eu/rapid/press-release_IP-16-3284_en...